Bagaimana Sahkan Laporan Kehadiran APDM? Tanpa Menunggu Lama.

Bagaimana Sahkan Laporan Kehadiran APDM?

Log masuk ke laman apdm aplikasi pangkalan data murid untuk kehadiran murid-murid.

Pada menu di sebelah kiri, sila klik menu KEHADIRAN.

Klik pada LAPORAN KEDATANGAN MURID.

 

Klik PAPAR untuk melihat laporan bulanan kedatangan murid di apdm.

Klik pada bulan-bulan bermula Januari hingga Disember mengikut turutan.

Cara mengesahkan laporan kehadiran bulanan ialah berturutan. Jika bulan sebelum itu belum disahkan maka akan keluar mesej seperti ini.

Sila Sahkan Laporan Bulan Lepas Terlebih Dahulu.

 

Klik pada SAHKAN DAN SIMPAN LAPORAN.

PERINGATAN: Untuk setiap kali selepas mengesahkan laporan bulanan, hendaklah refresh kembali paparan keseluruhan untuk mengelakkan waktu menunggu (Loading…).

Semasa klik pengesahan selepas mengesahkan bulan sebelumnya, ia tidak akan sah, kerana langkah untuk refresh paparan web itu mestilah dilakukan terlebih dahulu.

Jawapan untuk soalan bagaimana sahkan Laporan Kehadiran APDM tanpa menunggu lama ialah dengan Klik button refresh pada browser dahulu sebelum bulan seterusnya disahkan.

One Response

  1. Adam

Add Comment