Cara Daftar Webinar KPM dan Pengiraan Mata Kredit Dalam Modul SPLKPM

Cara daftar webinar KPM dan Pengiraan mata kredit dalam Modul SPLKPM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Di sini saya kongsikan bagaimana nak daftar webinar KPM.

1. Login SPLKPM-Modul Individu.
2. Buka Pembelajaran Kendiri.
3. Tekan Webinar.
4. Klik untuk sertai webinar.
5. Klik kemaskini status.
6. Tekan simpan.
7. SU LDP akan sokong.

Untuk hari berkursus 6 jam dikira 1 hari kursus.

Untuk mata kredit pula seperti berikut:

01- Kursus/ Bengkel/ Seminar/Kolokium/ Konvensyen/ Simposium/ Forum/ Konferens/ Klinik Kaunseling = 15 Mata Kredit.

02- Wacana Ilmu/ Taklimat/ Bicara Profesional/ Perkongsian Ilmu/ Sesi Dialog/ Ceramah/ Lain-lain = 15 Mata Kredit

03- Bimbingan Dan Pementoran = 10 Mata Kredit

04- Peningkatan Akademik = 20 Mata Kredit

05- PLC = 20 Mata Kredit

06- e Pembelajaran = 15 Mata Kredit

07- Penyelidikan = 20 Mata Kredit

08- Penulisan & Pengkaryaan Kreatif = 20 Mata Kredit

09- Lawatan Penanda Aras = 10 Mata Kredit

10- Pembacaan Buku = 20 Mata Kredit

11. Program Sangkutan di luar dan dalam KPM = 10 Mata Kredit

12. Sumbangan Profesional/ Bukan Profesional = 10 Mata Kredit

13. Inovasi = 20 Mata Kredit

Sekiranya sukar untuk login SPLKPM, cikgu-cikgu dan AKP boleh membuatnya pada bila-bila masa sahaja sehingga bulan Oktober.

Walaupun data dikira sehingga akhir tahun tetapi pada bulan Oktober, pegawai PPD akan minta cikgu-cikgu dan AKP untuk mencapai target yang dikehendaki oleh KPM. Jumlah hari berkursus dan mata kredit boleh dilihat di dalam modul individu masing-masing.

Sekian. Terima Kasih

Add Comment