Garis Panduan Tuntutan Perjalanan

LOGIN  APDM

Log Masuk Modul

Pengurusan Murid

Sistem membantu guru-guru mengisi kehadiran pelajar setiap hari

PANDUAN TUNTUTAN PERJALANAN

download – excel – boleh edit

GARIS PANDUAN BAGI:

  1. TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN,
  2. ELAUN MAKAN,
  3. ELAUN HARIAN DAN
  4. BAYARAN SEWA HOTEL

– Asas perubahan kadar tuntutan, sebarang potongan atau pertambahan kadar tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa tidak akan dimaklumkan.

– Penghantaran borang tuntutan hendaklah dibuat secara bulanan. Hantar sebelum ___ hb pada bulan berikutnya, mengikut ketetapan sekolah masing-masing. Jika borang tuntutan tidak dapat dikemukakan pada tarikh yang ditetapkan maka, surat tunjuk sebab kelewatan perlu disertakan.

– Perkiraan jarak perjalanan perlu merujuk kepada kadar sebenar seperti di dalam ‘Google Maps’.

ELAUN PERJALANAN KENDERAAN

– Jarak perbatuan adalah merujuk kepada jarak pada ‘Google Maps’.
Panduan :-

1) Pergi ke lama web http://maps.google.com.my

2) Klik pada ‘Get Direction’ (by car)

3) Isi ruangan A dan B

A – nama tempat: dari mana
B – nama tempat : ke mana

Contoh:
A = Jalan Cenderasari, Kuala lumpur
B = Hospital Kuala Lumpur

4) Klik pada ‘Get Direction’ semula

5) Pilihan jalan akan dipaparkan

– Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan.

– Elaun Perbatuan :-

Jarak perjalanan rasmi bagi tiap-tiap satu bulan mengikut Kelas (sen/km) dan gred.

* Sila rujuk kerani sekolah masing-masing.

– Penentuan kelas adalah bergantung kepada kadar gaji atau sukatan silinder kenderaan (mengikut mana yang terendah). Sukatan Silinder Kenderaan (s.s).

* Sila rujuk kerani sekolah masing-masing.

– Jika perjalanan melalui tol, maka laluan tol perlu dinyatakan pada kenyataan tuntutan dan disertakan dengan resit asal atau salinan Touch & Go.

– Tarikh dan masa perjalanan tugas rasmi/berkursus perlu dicatatkan.

– Tugas rasmi di luar waktu pejabat, pada hari minggu dan cuti umum – Lampiran A perlu disertakan.

– Tugas rasmi di luar ibu pejabat – Lampiran P15 perlu disertakan.

ELAUN MAKAN

– Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih yang dikira mulai dari waktu bertolak adalah layak menuntut Elaun Makan mengikut kadar perbezaan Gred dan Lokasi samada di Semenanjung Malaysia atau di Sabah, Labuan dan Sarawak.

* Sila rujuk kerani sekolah masing-masing.

Catatan: Hilang Kelayakan Tuntutan Elaun Makan

1. Elaun makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan.

2. Elaun makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur. Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut sebahagian makan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut :-

a) Sarapan pagi – 20% daripada Elaun Makan

b) Makan tengah hari – 40 % daripada Elaun Makan

c) Makan malam – 40% daripada Elaun Makan

ELAUN HARIAN

– Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam adalah layak menuntut Elaun Harian.

Perkiraannya adalah : Setengah daripada Elaun Makan

BAYARAN SEWA HOTEL

– Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya dan perlu menginap layak menuntut Bayaran Sewa Hotel disokong dengan resit tertakluk kepada had maksimumnya atau Elaun Lojing mengikut kadar perbezaan gred dan lokasi samada di Semenanjung Malaysia atau di Sabah, Labuan dan Sarawak

* Sila rujuk kerani sekolah masing-masing.

Catatan :

1. Tuntutan Bayaran Sewa Hotel bagi pegawai-pegawai hendaklah berpatutan dan munasabah.

2. Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan.

3. Seseorang pegawai layak menuntut bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan yang wajib ke atas sewa hotel sebagai tambahan kepada maksimum kelayakannya.

4. Seseorang pegawai tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing jika tempat penginapan disediakan oleh pihak Kerajaan atau Penganjur.

5. Jadual program sepanjang tugas rasmi tersebut perlu disertakan.

KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOJING SEMASA BERKURSUS (KECUALI KURSUS PRA PERKHIDMATAN) DI DALAM NEGERI

Perbezaan mengikut gred dan lokasi di Semenanjung Malaysia atau di Sabah, Labuan dan Sarawak.

* Sila rujuk kerani sekolah masing-masing.

– Perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke tempat latihan sekali sahaja. Sekiranya tempat penginapan tidak disediakan atau tiada keperluan untuk bermalam, jumlah perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian adalah sekali sehari tidak melebihi 6 hari.

– Jadual program sepanjang tempoh berkursus perlu dilampirkan bersama.
* Sila rujuk kerani sekolah masing-masing.

Untuk memohon tuntutan perjalanan dan lain-lain elaun, anda perlu sediakan beberapa lampiran dokumen sokongan. Sila baca panduan ini untuk mengetahui dokumen apa yang perlu disediakan.

Baca artikel di sini.

Add Comment