Panduan Google Meet

LOGIN  APDM

Log Masuk Modul

Pengurusan Murid

Sistem membantu guru-guru mengisi kehadiran pelajar setiap hari

Aplikasi Google hangout meet menjadi pilihan ramai pengguna di luar sana. Mudah dikendalikan, lebih stabil, kurang guna data, dan boleh invite sehingga 250 pengguna (jika guna emel yang dibekalkan kpm moe). Jika guna emel e-rancangan mengajar yang biasa, tidak boleh wujudkan host / tidak boleh create new meeting, hanya boleh join.

Panduan google meet. Berikut adalah panduan berkaitan bagaimana menggunakan google hangot meet untuk mesyuarat secara atas talian video call.

Panduan Google Meet

Aplikasi Google Meet Untuk Mesyuarat Secara Atas Talian.

Muat Turun Google Meet

Ini adalah aplikasi hangout meet daripada google. Boleh download (muat turun) untuk yang belum install dan update terlebih dahulu untuk yang sudah install jika perlu.

Cikgu-cikgu boleh cuba install dengan klik link ini.

Untuk pengguna android:

Take a look at “Hangouts Meet”
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.google.android.apps.meetings

Untuk menggunakan laptop:

Gunakan browser google chrome. Copy paste link yang dikongsikan. Sila ke link berikut https://meet.google.com/

Langkah 1

Download di play store “meet”.

Langkah 2

Log masuk guna email KPM dan pasword yang dibekalkan. Jika tiada, perlu lah berhubung dengan guru penyelaras ICT masing-masing.

Langkah 3

Create new meeting. Join or start a meeting.

  1. Enter the meeting code or nickname. Tp start your own meeting. enter a nickname or leave blank.
  2. Click continue.

Langkah 4

Tekan Share ke group bidang masing-masing. Klik copy joining info. Joining info has been copied to the clipboard.

– Kongsi Link Untuk Join Meeting?

Link untuk new meeting akan berubah-ubah. Jadi kene share yang latest untuk join semula. Link lama dah tak pakai. Link boleh dikongsikan di telegram. Bagi yang nak guna laptop dan handphone mudah sahaja klik link dan tekan ask to join untuk terus sertai. Join guna link dan admin (host) akan admit/ approve kan.

  1. Details.
  2. Attachments.

Contoh link yang dikongsi:

https://meet.google.com/nyw-wxzi-***
Phone: +1 ***-391-0432 PIN: 367 *** 461#

– Apa fungsi google calendar & file attachment?

Emel yang ditetapkan oleh admin pada tarikh dan masa tertentu akan mendapat notifikasi mesyuarat mengikut ketetapan admin sebagai contoh 15 minit sebelum mesyuarat bersama attachment file (fail lampiran) untuk tujuan bahan, agenda atau minit terdahulu dipersembahkan.

Jadi semasa mesyuarat, Pengetua / Guru Besar boleh present file tersebut dan guru-guru dapat melihat presentation tersebut macam real meeting seperti dalam bilik mesyuarat.

– Tekan ask to join ke atau present?

Klik Ask to join/ Join now.

– Jika terkeluar dan nak masuk semula?

Hanya perlu klik link yang dikongsi oleh host dan tekan ask to join.

– Siapa yang akan confirmkan boleh join selepas klik link ask to join?

Admin atau host akan approve/ admit untuk join. Host adalah siapa yang create new meeting akan admit ahli lain untuk menyertai.

– Kenapa tidak boleh create new meeting?

Ada yang nak buat kelas guna google hangout meet ini. Tetapi tidak boleh jadi host. Kenapa?
Jika menggunakan emel gmail yang biasa tidak dapat jadi host. Sebab ia versi percuma, ada limit. Hanya boleh join sahaja.

– Boleh guna selain handphone untuk google meet?

Guna laptop pun boleh. Gunakan browser google chrome dengan copy paste link yang dikongsikan.

– Bunyi audio daripada ahli terlalu kuat dan bercampur baur. Bagaimana mengatasinya?

Simple rule (peraturan mudah), siapa bercakap akan on audio/ video dan jika mahu mendengar sahaja off kan audio. Semasa sesi uji lari line lagi, ahli sentiasa diingatkan supaya setting audio off sangat penting. Jika tidak, mesyuarat atas talian ini, kita tidak selesa dengan bunyi bising sebab masing-masing tidak off audio. Melainkan cikgu-cikgu duduk di bilik yang tiada sumber bunyi lain walaupun angin kipas. Setting yang sangat perlu diutamakan iaitu off kan voice. Tetapkan hanya tuan pengetua/ pengerusi/ penceramah sahaja bercakap. Dan yang lain dicadangkan akan bercakap hanya apabila ditanya soalan oleh pengerusi, mahu bertanya soalan atau mencelah. Setiap ahli perlu dilatih dengan mengingatkan mereka akan fungsi on off audio video ini supaya kejelasan microphone dan speaker jelas supaya maklumat disampaikan dan mesyuarat atau kelas berjalan lancar. Jika tidak, bunyi akan bercampur baur dan tidak jelas percakapan pengerusi (yang mengendalikan mesyuarat) dan kelas tidak dapat diteruskan dengan berkesan.

Setakat belum ramai kita tak pasti lagi ok ke tak. Kalau lagi ramai peserta lagi susah nak kawal audio dengan bunyi bercampur baur. Bayangkan jika maksimum ahli ada 250 orang dengan hanya bunyi kipas meja sahaja sudah cukup mengganggu bunyi yang keluar.

– Macam mana nak buka speaker semula?

Klik pada ruangan sebelah nama tu atau mana-mana ruangan di tengah-tengah, nanti setting audio dan video akan muncul. Klik pada simbol microphone dan terus bercakap.

  1. Audio off.
  2. Leave call.
  3. Video off.

– Bolehkah off kan video?

Video nak off pun boleh. Jadi, semua ahli lain tidak dapat lihat paparan video anda. Namun, masih boleh mendengar dan melihat paparan orang lain dan mengikuti isi pelajaran.

– Fungsi admin untuk mengawal suara (audio) yang masuk?

Ya, admin boleh mengawal setiap bunyi yang masuk. Jika terdapat ahli yang terlupa mute audio (on / off microphone) admin boleh tolong off / mute kan. Dengan itu, proses mengajar atau mesyuarat tidak terganggu dengan bunyi yang tidak perlu (mengganggu).

– Bagaimana untuk mendapat kejelasan suara yang baik apabila bercakap?

Yang utama mestilah sambungan internet yang baik. Untuk kejelasan suara penyampaian, yang terbaik guna earphone yang ada microphone. Kesannya ia akan cut off bunyi luar seperti kipas dan lain-lain. Bagus guna earphone macam ini (rujuk gambar di bawah). Dua dalam satu. Ada microphone, dan jika bercakap dekatkan mic ke mulut (jangan terlalu rapat pula) supaya jelas percakapan.

– Bagaimana menyiarkan paparan untuk persembahan?

Klik seperti mana di paparan.

  1. You are presenting to everyone.
  2. Stop presenting.

 

– Di mana nak dapat meeting code?

Paling mudah guna link.

– Boleh chat untuk tanya soalan?

Di bahagian sisi di atas ada bahagian chat. Boleh kongsi isi perbincangan mesyuarat atau isi pelajaran kepada yang lain. Ini bermakna google hangout meet bukan sahaja boleh mendengar dan menonton, boleh juga menaip untuk perkongsian bersama. Cadangan yang baik, semasa mesyuarat berlangsung, pastikan ada yang mencatat tajuk perbincangan di bahagian chat.

– Persediaan mengendalikan mesyuarat atau kelas?

Kongsikan tarikh dan masa serta tajuk perbincangan. Jika mengendalikan mesyuarat boleh nyatakan agendanya sekali.

Contoh agenda:

Agenda mesyuarat.
Kaedah: Menggunakan Aplikasi Google Meets
Tarikh: 14 April 2020
Masa: 10.00 pagi
Masa uji lari link mula diedarkan: 9.45 pagi
1. Perutusan pengerusi
2. Perkara yang dibincangkan
– Laporan
– Cadangan penambahbaikkan
– Perancangan
– Gerak Kerja
3. Hal-hal lain
4. Penutup
* Peringatan, semua ahli mesti off audio jika hanya menjadi pendengar sahaja supaya kejelasan penyampaian menjadi lebih baik.

– Minit mesyuarat secara kolaborasi?

Taip minit di ruangan chat terus boleh secara kolaborasi. Maksudnya semua yang mendengar isi penting boleh taip di ruangan chat, supaya ahli yang audio tersangkut-sangkut yang tidak dapat mendengar penyampaian pengerusi boleh cover dengan fungsi chat text ini. Supaya setiap ahli dapat follow perbincangan. Kadang-kadang ada ahli mempunyai internet laju dan ada yang perlahan. Internet perlahan menyebabkan suara terputus-putus. Ahli yang dengan internet laju boleh bantu yang lain dengan taip di ruangan chat. Bagus ada seorang yang compile kan text kolaborasi tadi supaya jadi minit untuk rujukan semua. Untuk compile kan boleh guna laptop untuk paparan aplikasi meet supaya mudah untuk copy paste. Taip ayat pendek-pendek, supaya yang lain dapat sambung perbincangan yang sedang berlangsung. Tetapi peserta yang baharu menyertai atau sudah keluar kemudian masuk semula tidak akan dapat melihat chat yang sebelum ini dan yang join semula akan hilang paparan chat yang ditaip sebelumnya.

  1. Bilangan peserta yang sedang menyertai.
  2. Chat message.
  3. You.

– Adakah mesyuarat yang akan datang akan guna link yang sama?

Nampaknya setiap sesi akan menggunakan code link berbeza. Mudah guna link. Pastikan peserta menyertai dengan link yang terkini.

– Saya tiada emel yang dibekalkan moe KPM, boleh joinkah google meet?

Untuk join mesyuarat boleh guna emel gmail biasa. Tidak semestinya emel KPM moe melainkan jika ingin menjadi host.

– Di mana setting kamera untuk laptop?

Lihat rajah di bawah untuk setting camera.

  1. Settings audio.
  2. Settings video.

– Bagimana nak keluar dari meet?

Untuk keluar, jika guna browser di komputer/ laptop boleh terus tutup browser. Jika guna smartphone, klik leave call di bahagian tengah-tengah ini. Jika tidak tekan leave call, masih lagi audio atau video dapat dilihat dan didengari oleh orang lain kerana ia berfungsi pada mode background.

One Response

  1. LOH HUI LI

Add Comment