Panduan Memilih Scanner Terbaik

LOGIN  APDM

Log Masuk Modul

Pengurusan Murid

Sistem membantu guru-guru mengisi kehadiran pelajar setiap hari

Panduan Memilih Scanner Terbaik

Panduan membeli scanner supaya tidak salah memilih scanner yang tidak banyak fungsi. Mencari scanner yang tepat mungkin menjadi kesukaran bagi anda. Kebanyakan scanner boleh digunakan untuk membaca apa sahaja dokumen. Namun begitu, scanner ketika ini tidak lagi seperti 5 tahun kebelakang. Kini, scanner direka secara istimewa dan spesifik untuk pelbagai fungsi dan keperluan user. Oleh itu, lebih baik anda mempertimbangkan beberapa jenis scanner yang sesuai dengan keperluan anda sebelum membelinya.

Jika anda mahukan pejabat anda bersifat paperless atau ada keperluan lain yang memerlukan untuk anda mendigitalisasi dokumen-dokumen anda seperti faktor ruang, sebagai nota penyiaran dan bukti pembayaran, maka, dokumen scanner merupakan pilihan yang tepat. Anda boleh mempertimbangkan pembelian flatbed scanner untuk menyimpan dokumen-dokumen dalam bentuk gambar. Mari kita lihat ada banyak lagi pilihan mengikut jenis-jenis scanner untuk keperluan yang berbeza.

Jenis-jenis Scanner

Sesuaikan dengan keperluan anda, mari kenali berbagai jenis scanner menurut jenis dan kegunaannya. Mengenali jenis-jenis scanner yang ada dapat membantu anda membeli dan memilih scanner terbaik. Ini ialah jenis-jenis scanner yang ada di pasaran.

Flatbed Scanners

1. Scanner yang serba guna.
2. Seperti mesin fotostat/ fotocopy.
3. Dapat membaca seemua bahan sama ada nipis ataupun tebal. Scanner membaca objek dan mengubah kepada format gambar.
4. Berukuran tidak terlalu besar, yang paling besar hanya seukuran kertas legal.
Flatbed scanner

Photo Scanners

1. Memiliki image-processing yang tinggi (high quality).
2. Mampu untuk membaca sebuah gambar negatif dan menghasilkan semula gambar tersebut dengan kualiti yang bagus.
3. Keupayaan membaca gambar (Photo scanning) yang lebih tinggi.
Photo scanner

Sheetfed Scanners

1. Scanner yang digabungkan dengan mesin fax.
2. Dokumen yang datang dari mesin fax dapat dibuka di dalam computer anda.
3. Menggunakan software Optical Character Reader (OCR), text yang terdapat pada dokumen dapat dibaca dan boleh disunting (edit) pada komputer anda.
4. Fungsi yang membezakan sebuah sheetfed dokumen dari scanner biasa ialah automatic document feeder (ADF).
5. Dapat dibaca oleh scanner sekaligus dengan meletakan beberapa dokumen, tidak perlu satu per satu untuk membaca dokumen.
6. Memiliki ruang scan yang lebih kecil dibandingkan dengan flatbed scanner.
Sheetfed scanner

Handheld Scanners

1. Digunakan dengan cara digenggam oleh operator atau dibiarkan pada stand untuk membaca apa-apa dokumen di bawahnya.
2. Sumber cahaya dan sensor terdapat pada head scanner-nya. Cahaya yang dikeluarkan dari scanner ini, dipantulkan dengan kaca supaya dapat dibaca oleh sensor.
3. Operator dari scanner ini, menggerakan scanner ini ke seluruh bagian dokumen agar dokumen.
4. Boleh membaca kain.

5. Biasanya digunakan untuk membaca barcode sebuah produk yang ada di supermarket, imbas dokumen atau pasport di imegresen lapangan terbang.

6. Mobile dan portable.
7. Kelemahan, hasil scan kadang kala menjadi kabur kerana, tangan operator yang menggerakkan tidak selari dengan rakaman scan.
Handheld scanner

Portable Scanners

1. Memiliki ukuran yang lebih besar dibandingkan handheld scanner namun lebih kecil jika dibandingkan dengan flatbed scanner.
2. Mudah alih, sesuai untuk travel dan memerlukan imbasan segera.
Portable scanner

Business Card Scanners

1. Pada awalnya, Syarikat Fujitsu membangunkan model mobile scanner untuk memudahkan pekerjaan para pengusaha.
2. Dapat membaca baik gambar mahupun karakter pada kad bisnes dan terus disimpan pada software contact manager seperti Microsoft Outlook.
3. Perlu melakukan kalibrasi (calibrate) untuk sekali sahaja sebelum menggunakannya.
4. Selepas proses calibrate, operasi seterusnya menjadi sangat mudah.
Business card scanner

Drum Scanners

1. Hasil scan dengan resolusi yang cukup tinggi.
2. Diperlukan oleh pekerjaan pemrosesan grafik tinggi.
3. Menggunakan teknologi photomultipluer tube (PMTs) pada setiap filternya yang mampu secara responsive untuk menukar cahaya kepada elektronic pulse, dan menghasikan dynamic range yang tinggi.
4. Dynamic range yang tinggi menunjukkan resolusi kecerahan yang tinggi.
5. Penting untuk melihat resolusi optik
6. Resolusi antara 2,400 dpi, 3,600 dpi sehingga 12,000 dpi.
7. Kelemahan, mahal dan hanya dikendalikan oleh seorang yang terlatih.
Drum scanner

Panduan Membeli Scanner

Beberapa persoalan yang perlu dijawab supaya anda membeli scanner yang tepat dan terbaik.

1. Hendak scan apa?

2. Gambar, dokumen, buku, kad bisnes, filem negatif, majalah, objek 3D seperti wang syiling atau bunga.

3. Dokumen apa yang akan Scan?
4. Berapa ukuran maksimum dokumen?
5. Keupayaan scan dua muka surat sekaligus pada satu halaman?
6. Fungsi Automatic Document Feeder?
7. Fungsi Duplexing ADF?
8. Berapa Besar Resolusi diperlukan?
Anda perlu mengetahui jenis pekerjaan anda secara detail sebelum membeli scanner supaya tidak menyesal setelah mengeluarkan modal yang besar namun penggunaannya tidak seberapa. 3 Faktor ini dapat membantu anda membuat pilihan membeli scanner yang sesuai:
1. Mengetahui kekerapan penggunaan.
2. Mengetahui budget pembelian.
3. Mengetahui jenis pekerjaan untuk penggunaan.

Namu begitu, dalam konteks pengguna biasa yang tidak terlalu kerap menggunakan scanner. Sebagai contoh, seorang guru ingin membuat soalan latihan untuk muridnya dan beberapa perenggan ingin ditaip semula. Apa yang perlu anda tahu ialah, dengan tidak membeli atau melaburkan duit anda kepada peraatan scanner, anda masih boleh memindahkan gambar dari buku teks kepada teks yang boleh disunting dengan percuma, tanpa bayaran, tiada iklan dan tiada watermark.

Sila baca artikel berkaitan di bawah ini.

https://apdmkehadiran.com/fungsi-scan-ocr-tukar-gambar-kepada-teks-boleh-edit-percuma-tiada-iklan

Add Comment