Pelaksanaan Kursus Pengurusan Aliran Tunai Secara Dalam Talian Modul Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit AKPK

LOGIN  APDM

Log Masuk Modul

Pengurusan Murid

Sistem membantu guru-guru mengisi kehadiran pelajar setiap hari

Kursus Pengurusan Aliran Tunai Secara Dalam Talian Modul Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit AKPK. Sebelum itu, mari kita baca info berkaitan AKPK ini.

Sila ke link berikut:  Kursus SPL KPM AKPK 

Apakah AKPK?

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

Perkhidmatan kami adalah percuma dan disasarkan memenuhi permintaan rakyat Malaysia untuk kaunseling dan nasihat kewangan.

Sejarah AKPK

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia (2000 – 2010). AKPK ialah sebuah pelan 10 tahun yang bertujuan memajukan dan merangsang sektor kewangan negara. Pada tahun 2006 semasa ekonomi pada tahap mantap dengan kredit pengguna di bawah kawalan, Bank Negara Malaysia telah mengambil langkah awal dengan menubuhkan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, sebuah agensi yang kini memanfaatkan rakyat Malaysia.

Fokus AKPK

Menurut hasil kajian kumpulan fokus yang kami adakan, kekurangan pengetahuan dalam pengurusan kewangan peribadi merupakan sebab utama kebanyakan individu, tidak kira tua atau muda, terjebak dalam masalah hutang yang tidak mampu mereka atasi. Pengurusan kewangan yang tidak cekap hasil daripada kurangnya pemahaman tentang prinsip asas kewangan adalah sebab utama individu terjerat dalam masalah ini.

Cabaran AKPK

Cabaran terbesar AKPK kini ialah penstrukturan suatu pendekatan yang boleh mencapai dalam satu masyarakat yang terdiri daripada berbilang bangsa dan tahap pengetahuan serta latar belakang sosioekonomi yang berlainan.

Perkhidmatan yang Ditawarkan

AKPK menyediakan jalan di mana rakyat boleh mendapatkan nasihat dan kaunseling tentang hal-hal peribadi kewangan. Di samping itu, AKPK juga menyediakan peluang kepada mereka yang dibelenggu hutang untuk memulih semula keadaan kewangan mereka melalui perkhidmatan pengurusan kredit berstruktur AKPK. AKPK kini telah berjaya merangka suatu pendekatan untuk mendidik masyarakat melalui 3 perkhidmatan iaitu:

  1. Pendidikan kewangan tentang tanggungjawab penggunaan wang dan skil pengurusan kredit.
  2. Kaunseling dan nasihat berkenaan pengurusan kewangan.
  3. Program pengurusan kredit untuk membantu pengguna menguasai semula kewangan mereka.

Misi, Visi dan Logo

Misi AKPK:

Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup.

Visi AKPK:

Mewujudkan masyarakat yang bijak dari segi kewangan. Mahu diiktiraf sebagai pembekal pendidikan kewangan yang dipercayai kepada pengguna dewasa serta menggalakkan pengurusan kewangan yang berhemat.

Logo AKPK:

Logo AKPK mencerminkan pengguna dan AKPK. Kombinasi cengkung biru (AKPK) dan kelabu (Pengguna) melambangkan bimbingan dan bantuan AKPK agar pengguna melangkah keluar daripada belenggu kewangan kepada pengurusan wang yang lebih mantap.

Sila ke link berikut:  Kursus SPL KPM AKPK 

2 Comments

  1. NORPIEE BINTI MISIRAN
  2. NORPIEE BINTI MISIRAN

Add Comment