Penataran Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah KPM

LOGIN  APDM

Log Masuk Modul

Pengurusan Murid

Sistem membantu guru-guru mengisi kehadiran pelajar setiap hari

PENATARAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH KPM

1. Objektif:

a) Proses pdp dalam keadaan selamat.

b) Pengurusan sekolah berlaku lebih teratur.

c) Keselamatan dan kesihatan warga sekolah diutamakan semasa mereka berada di sekolah.

2. Peranan pentadbir:

a) Memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat.

b) Memastikan warga sekolah dalam keadaan sihat.

c) Memastikan murid mendapat akses kepada pdp.

d) Memastikan kesihatan murid diutamakan melalui pejagaan kesihatan dan penjarakkan sosial.

e) Menangani pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan KPM.

f) Memberi penerangan dan pendidikan berterusan berkaitan penularan covid-19, penjagaan kesihatan dan
penjarakkan sosial.

3. Peranan guru:

a) Menyediakan RPH seperti SPI Bil 3/1999.

b) Melaksanakan pdp yang bersesuaian dengan murid.

c) Meningatkan murid menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakkan social.

d) Memaklumkan kepada pentadbir jika ada murid yang menunjukkan gejala awal covid-19.

4. Pelaksanaan : Pengurusan sekolah.

a) Kehadiran guru tertakluk kepada arahan JPA dan KPM.

b) Kehadiran murid secara berperingkat — Ting 5 dan 6.

c) Murid lain tidak perlu hadir.Meneruskan pdp di rumah sehingga KPM memberi pemakluman lanjut.

d) Perhimpunan sekolah dan aktiviti yang melibatkan murid berkumpul secara beramai-ramai tidak dibenarkan.

5. Pelaksanaan : Pengurusan prasarana.

a) Pembersihan kawasan sekolah sebelum sesi persekolahan bermula dan setiap hari selepas tamat persekolahan.

b) Fokus pembersihan permukaan yang kerap disentuh. Pembasmian kuman jika ada kes positif covid-19.

c) Susun atur bilimpdp berdasarkan penjarakkan social iaitu jarak 1 meter antara meja.

d) Pengusaha kantin menyediakan makanan berbungkus. Murid makan di dalam bilik pdp dibawah seliaan guru.

e) Menyediakan bilik isolasi bagi murud yang bergejala sebelum mendapatkan rawatan. Bilik ini perlu ada pelitip
muka dan hand sanitizer.

f) Tanda penjarakkan diletakkan di bilik pdp,kantin,bilik guru,pejabat dll tempat yang difikirkan sesuai.

g) Mempamerkan bahan bercetak terbiran KPM mengenai penularan covid-19 di lokasi strategik.

h) Penyediaan sabun/hand sanitizer di tempat yang sesuai.

6. Pelaksanaan: Keselamatan murid, guru dan warga sekolah.

a) Rujuk SOP Penularan Penyakit Covid-19 sekolah KPM.

b) Pemakluman kepada murid, guru dan warga sekolah bahawa mereka mesti dalam keadaan sihat untuk hadir ke
sekolah.

c) Saringan: setiap hari di pintu masuk. Masa senggang bagi murid yang berjalan kaki/ naik basikal.

d) Pematuhan: penjarakkan sosial dan kebersihan tangan. Memakai pelitup muka bagi murid yang imuniti badan
rendah.

e) Penegasan: Hebahan berkenaan penjagaan kesihatan (penjarakkan dan kebersihan tangan). Guru bertugas memastikan keselamatan murid terjamin. Mengadakan Ujian Minda Sihat secara berkala.

f) Jika ada kes positif yang disahkan oleh Pelabat Kesiharan Daerah: Mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak rapat bagi membantu PKD. Mendapat nasihat dari PKD keperluan melaksanakan pembasmian di lokasi yang dikenal pasti.

g) Kontarktor perkhidmatan: diberi taklimat keselamatan. Kontarktor mesti meastikan pekerja mereka: mengimbas
suhu sebelum bertugas, jika bergejala tidak dibenarkan masuk, mematuhi arahan penjarakkan social, memakai
pelitup muka dan prosedur keselamatan yang lain, mengamalkan kebersihan tangan.

7. Pelaksanaan : Pengajaran dan pembelajaran Di sekolah.

a) Menyusun jadual pdp dengan mengambil kira keperluan dan kesediaan guru serta murid.

b) Melakuakn semakan RPT bagi menyusun semula perancangan pdp.

c) Melaksanakan pemantauan pdp.

d) Memberikan bimbingan secara berfokus kepada guru untuk memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan secara
berkesan.

e) Mempelbagaikan kaedah penyempaian pdp.

f) Aktiviti akur kepada penjarakkan sosial.

g) Pdp yang dilaksanakan tidak melibatkan aktiviti luar bilik darjah.

h) Aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dibenarkan sehingga ke suatu tarikh yang akan
dimaklumkan.

8. Pelaksanaan : Pengajaran dan Pembelajaran Di rumah.

a) Pdp mengikut kreativiti masing-masing berdasrkan kesesuaian tempat.

b) Pdp dalam talian/ latihan dalam buku teks/ pembelajaran berasaskan projek/ kaedah serahan bahan dpd di sekolah
atau lokasi yang dikenal pasti

c)Hasil kerja murid ditaksir.

d)Pentaksiran ditangguhkan hingga sekolah dibuka semula. Bagi murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan secara dalam talian atau serahan tangan.

9. Penglibatan ibu bapa.

a) PIBG dan KSIB boleh membantu sekolah dengan membantu meningkatkan kesedaran tentang covid-19 kepada ibu
bapa, membuat tanda penjarakkan sosial dan mengawal pergerakan murid serta menyediakan hand sanitizer dan alat
pengimbas suhu untuk kegunaan pihak sekolah

 

Baca Artikel Berkaitan: 

Senarai Semak Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah

Add Comment