Pengurusan EBRM atas Talian Menggunakan Platform Portal Digital Learning KPM

LOGIN  APDM

Log Masuk Modul

Pengurusan Murid

Sistem membantu guru-guru mengisi kehadiran pelajar setiap hari

Platform terkini yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Pelantar pembelajaran digital kementerian pendidikan Malaysia atau juga dikenali sebagai portal digital learning. Guru perlu log masuk dengan id yang dibekalkan oleh KPM.

Kelebihan pelantar pembelajaran digital (portal moe-dl.edu .my)

  • Akses kepada Google Classroom dan Microsoft Teams.
  • Membantu dalam tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PDP).
  • Memudahkan pendaftaran kelas.
  • Memuat naik bahan Pdp.
  • Memberi dan pemarkahan tugasan.
  • Dapat mengakses EduwebTV.
  • Untuk merancang Pdp.
  • Mendapatkan video Pdp.
  • latihan atas talian untuk para guru.
  • Kaedah yang boleh digunakan adalah Flipped Classroom.
  • Untuk mempelajari apakah Flipped Classroom boleh ke link berikut.

Pengurusan EBRM atas Talian Menggunakan Platform Portal Digital Learning KPM

Merujuk kepada Taklimat Google Classroom dan Pengurusan ICT 2020, berikut adalah panduan pengurusan EBRM atas Talian Menggunakan Platform Portal Digital Learning KPM.

Aplikasi Penting yang akan digunakan

1. Portal Digital Learning KPM

2. Google Drive

3. Google Sites

Objektif penggunaan 3 aplikasi di atas

No. 1 dan No. 2 melibatkan semua guru termasuk pentadbir.

No. 3 hanya melibatkan admin sekolah sahaja.

1. Portal Digital Learning KPM :-

a. untuk log masuk ke akaun email yang dibekalkan KPM.

b. untuk mengakses aplikasi yang disediakan KPM.

c. menerima update terkini terus daripada portal.

2. Google Drive:-

a. untuk log masuk ke google drive menggunakan email yang dibekalkan KPM.

b. untuk memuat naik fail dan folder (ada 17 folder eBRM) eBRM e-buku rancangan mengajar.

c. menyimpan dan mengemaskini 17 folder eBRM untuk tujuan persembahan bagi menggantikan buku rancangan mengajar manual (buku kulit keras) kepada e-buku tanpa cetakan dan tanpa fail (tiada hardcopy).

3. Google Sites:-

a. untuk kegunaan admin sekolah sahaja.

b. untuk menghimpunkan keseluruhan link ke google drive semua guru (akaun gmail dibekalkan oleh KPM) yang ada menyimpan 17 folder ebrm di dalam folder induk.

c. untuk menghimpunkan keseluruhan link ke folder yang spesifik link ke eRPH yang ada di dalam google drive semua guru (akaun gmail dibekalkan oleh KPM).

d. admin perlu menghimpunkan dua link penting iaitu:

1. link ke eBRM,

2. link ke eRPH.

Add Comment