Soalan Lazim Berkaitan Pergerakan Guru Kembali Ke Sekolah

LOGINĀ  APDM

Log Masuk Modul

Pengurusan Murid

Sistem membantu guru-guru mengisi kehadiran pelajar setiap hari

Berikut ialah soalah lazim berkaitan pergerakan guru kembali ke sekolah. Soalan dan jawapan ini dipetik dari surat bertarikh 17 Jun 2020 berkaitan Pemakluman berhubung kehadiran guru ke tempat bertugas dan persediaan pembukaan semula sekolah.

Ramai bertanya adakah semua guru perlu hadir bertugas di sekolah bagi membuat persediaan sebelum pembukaan semula sekolah? Jawapannya ada di dalam surat yang sama, di bahagian soal dan jawab muka surat seterusnya.

Mari kita ikuti soal jawab berkaitan isu ini yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama berkaitan pergerakan guru dan bahagian kedua ialah berkaitan apa tugasan guru selepas 24 Jun 2020.

Bahagian Pertama.

Dalam Tempoh 9 hingga 23 Jun 2020.

1. Adakah semua guru perlu berada di tempat bertugas selepas tamat Cuti Pertengahan Tahun pada 7 atau 8 Jun 2020?

Ya, selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui surat Pemakluman Mengenai Arahan kepada Guru Kembali ke Tempat Bertugas bertarikh 4 Jun 2020.

2. Bagaimanakah jika guru mengalami masalah untuk kembali ke tempat bertugas?

Guru hendaklah memakilumkan dan mendapatkan pertimbangan Pengetua/ Guru Besar jika menghadapi masalah pengangkutan dan kesihatan yang menyebabkan mereka tidak boleh kembali ke tempat bertugas.

3. Adakah semua guru perlu hadir bertugas di sekolah bagi membuat persediaan sebelum pembukaan semula sekolah?

Ya. Semua guru termasuk guru sekolah menengah dan sekolah rendah perlu hadir bertugas apabila diarahkan oleh Pengetua/ Guru Besar bagi melakukan persediaan pembukaan sekolah.

4. Apakah yang akan berlaku sekiranya guru gagal untuk ke sekolah dan menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua/ Guru Besar?

Guru ialah penjawat awam yang tertakluk pada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 [PUA 395/93]. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap guru sekiranya gagal ke sekolah dan menjalankan tugas yang diarahkan oleh
Pengetua/ Guru Besar.

5. Adakah guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam tempoh persediaan sebelum sekolah dibuka semula?

Ya. Guru perlu melaksanakan PdP.

Bahagian kedua.

Mulai 24 Jun 2020.

6. Adakah semua guru di sekolah menengah dan sekolah rendah perlu hadir bertugas di sekolah walaupun hanya murid kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang hadir ke sekolah?

Ya, seperti yang dijelaskan dalam soalan 1, semua guru perlu hadir bertugas di sekolah untuk melaksanakan tugasan seperti yang diarahkan oleh Pengetua/ Guru Besar.

7. Apakah tugas guru yang tidak terlibat dengan kelas peperiksaan?

Guru perlu melaksanakan home-based learning sepanjang tempoh tersebut. Pendekatan PdP boleh dipelbagaikan dengan akses kepada kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah. Pendekatan home-based fearing ini termasuk penggunaan pelantar pembelajaran digital, percetakan kerja sekolah untuk murid dan lain-lain. Guru juga boleh membantu dari segi PdP bagi kelas peperiksaan apabila periu dan diarahkan dari semasa ke semasa di samping
tugas-tugas lain yang berkaitan.

8. Adakah guru yang berimuniti badan yang rendah boleh bekerja dari rumah?

Bagi tujuan bekerja dari rumah, guru berimuniti badan yang rendah hendaklah mengemukakan surat permohonan berserta dokumen sokongan kepada Pengetua/ Guru Besar untuk pertimbangan selanjutnya.

9. Bagaimanakah kehadiran guru bagi sekolah dua sesi?

Kehadiran guru bagi sekolah dua sesi bergantung pada perancangan Pengetua/ Guru Besar. Pengetua/Guru Besar boleh mengekalkan kehadiran guru hadir dua sesi atau mengatur jadual kehadiran semua guru termasuk guru
sesi petang untuk hadir ke sekolah pada sebelah pagi dengan mengambil kira aspek penjarakan sosial.

10. Bagaimanakah dengan kehadiran guru yang menghadapi masalah penjagaan anak di bawah umur 12 tahun atau anak Orang Kurang Upaya (OKU) disebabkan oleh penutupan taska atau pusat jagaan kanak-kanak
OKU, terutamanya apabila kedua-dua pasangan terpaksa bekerja?

Pengetua/ Guru Besar boleh memberikan pertimbangan untuk guru bekerja dari rumah ataupun secara penggiliran jika guru berkenaan dalam kategori pasangan suami isteri yang bekerja, mempunyai anak berusia 12 tahun ke
bawah atau anak berstatus OKU dan memeriukan penjagaan berterusan. Walau bagaimanapun, bagi pasangan suami isteri yang merupakan penjawat awam, hanya seorang (1) sahaja yang boleh menggunakan kemudahan bekerja dari rumah pada satu-satu masa sehingga sekolah atau pusat jagaan dibuka semula.

11. Adakah guru boleh membawa anak ke sekolah jika menghadapi masalah penjagaan?

Tidak boleh. Guru hendaklah berbincang dengan Pengetua/Guru Besar untuk mempertimbangkan keperluan bertugas di sekolah secara penggiliran dan fleksibel.

Add Comment