Pindahkan Folder Drive Dari Akaun Emel Lama Ke Akaun Baharu

LOGIN  APDM

Log Masuk Modul

Pengurusan Murid

Sistem membantu guru-guru mengisi kehadiran pelajar setiap hari

Pindahkan (transfer) Folder Dari Akaun Drive Emel Lama Ke Akaun Baharu.

Panduan ini ialah untuk pindah segala file dan folder pendidikan dan bahan-bahan mengajar dari akaun lama google drive ke akaun baharu google drive. Juga sangat sesuai untuk memindahkan ebrm (e-buku rancangan mengajar) dari akaun email lama ke akaun baharu.

Cara Pindah Yang Lama Tidak Praktikal.

Sebelum ini, kebanyakan guru akan mengambil langkah untuk muat turun (download) semula semua fail-fail penting ke dalam komputer sendiri. Kemudian muat naik (upload) semula ke akaun baharu. Ini ialah cara yang lama.

Cara ini dapat memindahkan segala bahan-bahan PdPc dan aset digital sekolah. Cara ini ialah baik dan juga dapat menyelesaikan masalah cikgu-cikgu, namun kurang praktikal kerana akan melibatkan masa yang lebih panjang untuk muat turun dan kos data internet yang lebih tinggi.

Bolehkah Memindahkan Fail Dan Folder Dari Akaun Emel Lama Ke Emel Baharu?

Sebelum ini, fail dan folder dari akaun lama hanya boleh dipindah milik kepada akaun baharu dengan cara change ownership. Namun, kaedah ini terhad kepada hanya domain (alamat URL) yang sama sahaja. Contohnya, pindah owner dari drive emel gmail ke emel gmail dibenarkan.

Contoh, pindah fail dari akaun drive @gmail.com kepada drive @moe-dl.edu.my .

Bagaimana memindahkan isi kandungan fail dan folder edidik / yes / sgm dan lain-lain ke akaun moe-dl.edu.my. Jika emel yang digunakan ialah dari @gmail.com atau @Yes.My kepada @moe-dl.edu.my (atau sebaliknya) akan menjadi masalah untuk memindahkan sama ada fail atau folder kerana domain drive tidak sama. Oleh itu fail dan folder tidak dapat dipindah milik dari akaun emel lama ke akaun emel baharu jika dari domain yang berbeza.

Make this person the owner? The new owner will be notified and could remove you. You also might lose the ability to change share settings.
Sorry, cannot transfer ownership to g-*****7*9@moe-dl.edu.my. Ownership can only be transferred to another user in the same domain as the current owner.

Kenapa Perlu Tukar Hak milik (Ownership) Kandungan Fail dan Folder?

Ya, ia sangat penting. Jika ownership tidak ditukar, masalah yang lebih besar bakal timbul. Apabila fail atau folder asal di akaun drive email lama dipadam, maka fail atau folder pada akaun baharu juga akan terpadam.

Oleh itu, kita akan belajar bagaimana cara memindahkan (transfer) fail dan folder dari drive akaun emel lama ke drive akaun baharu untuk domain yang berbeza.

Pindahkan Fail dan Folder dari Drive gmail.com ke drive akaun Moe.

Transfer your content. Transfer Your Content is only available to authorized G Suite for Education Accounts. Please contact your administrator, or sign in with another Google Account.

Langkah-Langkah Pindah Folder dari Akaun Drive Lama ke Akaun Baharu :

Langkah utama transfer dari akaun edidik / yes / sgm dan lain-lain ke akaun moe-dl.edu.my :

1. Share Folder dari emel lama (gmail.com) kepada emel baharu (moe-dl.edu.my).

2. Tukar hak milik ownership kepada emel baharu dengan membuat backup menggunakan drive migrator.

Berikut ialah langkah demi langkah bergambar untuk memindahkan folder :

1. Log masuk ke google drive akaun lama gmail.com,

2. Pilih folder yang ingin dipindahkan.

3. Pilih kanan (Right click) dan klik ‘Share’.

4. Masukkan emel moe kpm.

5. Pilih fungsi sebagai editor.

6. Klik ‘Send‘.

7. Buka drive akaun email menggunakan akaun moe-dl.edu.my .

8. Folder yang sudah dikongsikan (shared with me).

9. Pada ruangan carian (search), masukkan kata kunci (keyword) berkaitan, contohnya ‘ebrm’, klik/ tekan ‘enter‘.

10. Skrol ke bawah (scroll down) untuk mencari folder yang dikongsikan tadi. Langkah ini adalah untuk memastikan folder telah dikongsikan.

11. Langkah seterusnya adalah untuk memindahkan folder ke dalam drive akaun baharu. Klik pada sebelah kanan atas browser google chrome, customise and control google chrome (titik tiga). Pilih ‘New incognito window‘.

12. Copy dan paste pautan link url panduan ini di incognito window sebagai rujukan.

https://apdmkehadiran.com/pindah-folder-emel-lama-ke-baharu/

13.¬†Klik pada alat pindah folder ‘migrator tool’ di sini, Drive Migrator.

KLIK DI SINI DRIVE MIGRATOR

14. Log masuk ke akaun google menggunakan emel moe kpm.

15. Klik ‘Visit Website‘.

14. Klik ‘Review Permissions‘.

15. Klik pada simbol pensil.

15. Pilih folder yang ingin dipindahkan.

16. Klik ‘Select‘.

17. Klik ‘Copy‘.

18. Apabila menerima mesej seperti di bawah, proses memindahkan dari drive akaun lama ke akaun baharu sudah dimulakan. Anda boleh log out dan menunggu. Tidak perlu stay online untuk proses pemindahan tersebut.

Drive Migrator – Copy Google Drive files & folders

Thank you. Your files are being processed and you can check the progression in the log file. Depending on the number of files, it might take a while (currently 5000 files take one day to copy). You will receive an email once everything is done. In the meantime, you can close this app. adpm
19. Apa yang perlu anda buat ialah menunggu emel berbunyi begini, Google drive backup – Success!
20. Log masuk drive akaun digital learning. Cari Folder My Backup pada tarikh berkenaan. Pastikan semua fail dan folder berjaya dipindahkan. Anda sudah memiliki folder yang dikehendaki. Pastikan pada owner ialah ‘me’.
21. Anda boleh rename folder My Backup kepada nama folder yang dikehendaki.
22. Mudah bukan? Tanpa download dan upload, dah boleh transfer ke google drive walaupun berbeza domain name.
Selamat mencuba!

Nantikan panduan versi video yang akan dihasilkan tidak lama lagi.

Baca artikel berkaitan:

DELIMa KPM

Add Comment