LOGIN DELIMA
Log Masuk Delima
Portal Digital Learning
LOGIN APDM
Log Masuk Modul
Pengurusan Murid
Sistem membantu guru-guru mengisi kehadiran pelajar setiap hari
Taklimat Google Classroom dan Pengurusan ICT 2020
Pengurusan EBRM atas Talian Menggunakan Platform Portal Digital Learning KPM
Reset Password untuk ID guru dan Murid di Portal Digital Learning KPM
Platform terkini yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Pelantar pembelajaran digital kementerian pendidikan Malaysia atau juga dikenali sebagai portal digital learning. Guru perlu log masuk dengan id yang dibekalkan oleh KPM.
Kelebihan pelantar pembelajaran digital (portal moe -dl .edu .my)
- Akses kepada Google Classroom dan Microsoft Teams.
- Membantu dalam tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PDP).
- Memudahkan pendaftaran kelas.
- Memuat naik bahan Pdp.
- Memberi dan pemarkahan tugasan.
- Dapat mengakses EduwebTV.
- Untuk merancang Pdp.
- Mendapatkan video Pdp.
- latihan atas talian untuk para guru.
- Kaedah yang boleh digunakan adalah Flipped Classroom.
- Untuk mempelajari apakah Flipped Classroom boleh ke link berikut.
Panduan Log Masuk dan Jawab Kaji Selidik (Video). Portal digital learning kpm
Tutorial cara reset password guru dan murid
Salam Sejahtera untuk Warga Pendidik dan Murid
Selamat Datang ke Portal
Digital Learning KPM
Sila Klik Di Sini
Sila Klik Di Sini
https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
Panduan Log Masuk Portal
Digital Learning Kaji Selidik KPM
Panduan Video
Panduan Log Masuk Portal Digital Learning (Video)
Tutorial berkaitan cara-cara reset password guru dan murid domain moe-dl. Portal digital learning kpm.
Langkah pertama
Buka browser anda dan masuk ke url dibawah:
portal.moe.edu.my
Disarankan agar semua admin sekolah buka melalui incognito window bagi mengelakkan konflik id.
Paparan portal moe-dl
Klik log masuk
Masukkan id sekolah yang bermula dengan sekolah-XXXXX@moe-dl.edu.my
Klik next dan masukkan password sehingga berjaya ke paparan dalam menu utama portal
Klik pada sekolah.
Paparan menu sekolah.
Kita akan fokus pada cara reset id guru dan murid dalam sekolah menggunakan konsol admin. Klik 12. konsol admin.
Ini paparan muka utk konsol admin.
Dalam konsol admin moe-dl bagi sekolah, admin sekolah hanya boleh reset id guru dan murid sahaja setakat ini.
Ciri-ciri lain seperti tambah, edit dan sebagainya masih belum diaktifkan. kita hanya tunggu sahaja bila ciri-ciri ini dibuka kepada admin sekolah. (kemaskini 7 Ogos 2019).
Klik pada icon user tersebut.
Admin boleh lihat sehingga 50 orang dalam satu-satu masa.
Sila ubah view user di dalam petak berwarna merah.
Untuk cari id guru dan murid yang ingin di reset, ada bermacam pilihan yang kita boleh buat.
Klik pada bahagian filter. (kotak merah)
Pilihan-pilihan filter akan keluar, admin sekolah boleh pilih sama ada nak guna nama guru/ murid atau email terus pun boleh.
Untuk kali ini, saya pilih id guru saya untuk direset semula. saya gunakan filter first name.
Jika id tidak keluar boleh juga carian dibuat menggunakan 1 patah perkataan sahaja. seperti di atas.
Bawa tetikus pada nama guru tersebut, 1 option “reset password” akan keluar
Klik pada reset password.
Paparan begini akan keluar bila klik reset password.
Pada bahagian ini ada option yang boleh kita on / off kan.
Fungsi option pertama: Automatically generate a password
fungsi ni bertujuan google sendiri yang akan generate password tersebut.
Apabila offkan, akan keluar paparan untuk ubah password secara manual.
Untuk lihat password boleh klik pada icon mata sebelah kanan sebelah petak password.
Fungsi option yang kedua, ask for password change at the next sign-in.
Fungsi ini bertujuan, sebaik sahaja guru tersebut login menggunakan password yang telah kita reset, guru tersebut perlu set semula password baru.
Admin sekolah boleh pilih sama ada ingin on/ off kan option tersebut.
Setelah berpuas hati dengan password yang diletakkan klik RESET.
Apabila berjaya akan keluar “Reset Password Successful”.
Admin sekolah bolehlah serahkan password baru kepada guru tersebut.
Admin sekolah juga boleh hantar password baru melalui email kedua guru tersebut.. hanya klik pada “email password”
Jika sudah selesai klik DONE
Buat masa ini, akses untuk reset user berkemungkin semua admin tidak boleh masuk sejak pagi tadi.
Ada 1 cara lagi untuk reset ID guru dan murid. Melalui apps Admin Console.
Buat masa ni melalui apps Admin Console masih boleh reset password.
Langkah-langkah transfer dari akaun edidik / yes / sgm dll ke akaun moe-dl.edu. my (jika perlu):
1. Tekan browser Chrome pada desktop PC/Laptop anda.
2. Tekan ikon tiga titik di sebelah kanan atas browser.
3. Pilih New Incognito Window.
4. Log masuk ke https://takeout.google.com/transfer?hl=en
5. Masukkan ID dan kata nama akaun eRPH yang TERDAHULU (akaun yes /edidik/sgm dan lain-lain).
6. Di bawah ‘Enter a destination account’ , masukkan email masing-masing berpenghujung moe-dl.edu. my.
7. Klik ‘Send Code’.
8. Klik ikon ‘+’ pada bahagian search bar di atas sekali.
9. Buka email menggunakan akaun moe-dl.edu. my.
10. Cari email bertajuk ‘Verify your account’.
11. Klik Get Confirmation Code.
12. Salin Code tersebut.
13. Masukkan Code tersebut di bawah ‘Verify your destination account’ di laman takeout tadi.
14. Klik Verify.
15. Di bawah ‘Select copy and content to transfer’, tekan Start Transfer.
Kalau tersilap daftar nama anak mcm mana nk buat yg baru…mohon bantuan..
thx all bros