Reset Password untuk ID guru dan Murid di Portal Digital Learning KPM

LOGINĀ  APDM

Log Masuk Modul

Pengurusan Murid

Sistem membantu guru-guru mengisi kehadiran pelajar setiap hari

Reset Password untuk ID guru dan Murid di Portal Digital Learning KPM

Untuk mendapatkan id guru-guru hendaklah menghubungi admin sekolah masing-masing.

Log masuk ke PDL iaitu Portal digital Learning melalui akaun sekolah sebagai admin yang memegang semua id dan password guru dan murid.

Pada artikel yang lalu kita sudah pun belajar cara mendapatkan id password Guru dan Murid di Portal Digital Learning KPM. Sila baca panduan berikut:

Klik di sini: Panduan Mendapatkan ID Password Guru dan Murid di Portal Digital Learning

Pada kali ini kita akan belajar cara Reset Password untuk ID guru dan Murid di Portal Digital Learning KPM.

Jika tidak berjaya log masuk dan mendapat mesej amaran seperti ini

Wrong password. Try again or click Forgot password to reset it.

Sila gunakan akaun admin sekolah untuk menjana password yang baharu.

Bagi mengaktifkan id sementara guru, Admin sekolah perlu menukar password id sementara tersebut menggunakan konsol admin.

Langkah pertama anda perlu login sebagai admin sekolah untuk reset password guru dan murid.

Untuk login masuk ke Portal Digital Learning KPM, PDL, boleh ke link berikut.

Portal Digital Learning KPM

http://portal. moe-dl. edu. my/

Selepas berjaya login sebagai admin sekolah PDL,

Klik menu sekolah pada bahagian atas sebelah kanan.

Klik Konsol Admin.

Pilih Users, Add or manage users.

Untuk memudahkan carian admin boleh menaip di ruangan carian Search for users, group or settings, huruf g- maka senarai semua guru akan keluar manakala jika mahu mencari murid perlu menaip huruf m-.

contoh emel guru adalah seperti ini g-35******@moe-dl.edu.my

contoh emel murid adalah seperti ini m-35******@moe-dl.edu.my

bezanya ialah huruf g- untuk guru, dan huruf m- untuk murid.

Jangan lupa huruf dan sempang – dash atau tolak.

Jika mahu mencari pengguna dengan nama tertentu, cukup mencari dengan menaip keyword atau kata kunci nama samada guru atau pelajar dan paparan senarai dan bilangan nama berkaitan akan keluar.

Klik nama berkaitan untuk reset password.

Untuk login masuk ke Portal Digital Learning KPM boleh ke link berikut.

Portal Digital Learning KPM

http://portal. moe-dl. edu. my/

Panduan Menetapkan Password Pengguna

Jika admin mahu menetapkan satu jenis pattern password yang sama untuk seluruh warga sekolah adalah terpulang kepada ketetapan sekolah untuk memudahkan password diingati dan mengurangkan proses reset password adalah mengikut kebijaksanaan admin.

Namun, satu kaedah yang mudah ialah menggabungkan nama dan ic mungkin 4 nombor hadapan no kad pengenalan atau 4 nombor akhir adalah terpulang kepada sekolah.

Sebagai contoh Ahmad5337 adalah pattern nama ringkas dengan awal nama adalah huruf besar dan yang lain huruf kecil digabungkan dengan 4 nombor ic yang belakang. Pastikan password yang dipilih tidak mudah diakses oleh orang lain dan juga mudah diingati (tidak lupa) oleh pengguna itu sendiri.

Jika mahu menggunakan seperti panduan di atas, settingnya ialah seperti ini:

Atau admin boleh pilih untuk generate password secara auto dengan klik pada pilihan Automatically generate a password.

Klik RESET.

Id dan password boleh yang baharu boleh diedarkan kepada guru atau murid berkenaan.

 

Untuk login masuk ke Portal Digital Learning KPM boleh ke link berikut.

Portal Digital Learning KPM

http://portal. moe-dl. edu. my/

 

 

……..

 

 

Add Comment