SOP COVID-19 Keseluruhan Sekolah Untuk Ditampal Di Kelas Pelajar

LOGINĀ  APDM

Log Masuk Modul

Pengurusan Murid

Sistem membantu guru-guru mengisi kehadiran pelajar setiap hari

SOP COVID-19 Keseluruhan Sekolah Untuk Ditampal Di Kelas Pelajar.

Berikut adalah perkongsian untuk guru kelas menyediakan SOP (Standard Operation Procedure) untuk menyampaikan makluman berkaitan peraturan-peraturan di sekolah untuk pasca Covid-19. Penataran SOP Covid-19 di sekolah ini dikeluarkan berdasarkan garis panduan pengurusan pembukaan sekolah KPM (Baca di sini). KPM telah mengeluarkan SOP Pencegahan bagi Penularan Covid-19 di sekolah. (Baca di sini).

Mengandungi peraturan-peraturan seperti berikut:

1. Peraturan Am Pelajar.

2. Prosedur untuk pelajar hadir dan balik dari sekolah.

3. Peraturan ketika berada di dalam kelas.

4. Peraturan ketika berada di kantin sekolah.

5. Peraturan pembelian di koperasi.

6. Peraturan pergi ke tandas.

7. Peraturan ketika berada di dalam bilik khas.

8. Peraturan ketika berurusan di pejabat.

 

PERATURAN AM PELAJAR

1. Semua pelajar digalakkan memakai pelitup muka pada setiap masa.
2. Semua pelajar mesti mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa.
3. Sentiasa membersihkan tangan dengan sanitizer atau sabun dengan kerap.
4. Amalkan cara batuk dan bersin yang betul.
5. Sila beritahu dengan guru jika sakit atau tidak sihat.
6. Jauhkan dari menyentuh mata, hidung dan mulut.
7. Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau tanpa urusan yang munasabah.
8. Pelajar perlu sentiasa berada di dalam kelas masing-masing.
9. Pelajar perlu sentiasa mematuhi peraturan pergerakan pelajar.

PROSEDUR UNTUK PELAJAR HADIR DAN BALIK DARI SEKOLAH

Guru Bertanggungjawab:

1. Ketua Guru Pengawas : Cikgu …………………………………………..
2. Penolong Guru Pengawas : Cikgu …………………………………………..
3. Guru Tingkatan (Mengikut jadual giliran bertugas)
4. Guru Bertugas Mingguan
5. Guru Pelapis
6. Guru Disiplin

Peraturan:

1. Pelajar hadir ke sekolah melalui pintu pagar kecil.
2. Guru pengawas dan guru bertugas menjaga pagar akan membuat penjarakan sosial (1 meter) dan mengarahkan pelajar untuk diambil suhu badan oleh guru bertugas.
3. Pelajar mencatat bacaan suhu di dalam buku kehadiran mengikut kelas masing-masing.
4. Pelajar yang telah diambil suhu badan dan didapati normal diarahkan masuk ke kelas mengikut laluan yang telah ditetapkan (anak panah hijau). Pelajar yang didapati melebihi suhu 37.5 akan diarahkan menunggu di ………………………….. sementara guru tingkatan/ pelapis akan menghubungi ibu bapa untuk menjemput pelajar berkenaan seterusnya membawa anak jagaan masing-masing ke klinik.
5. Pelajar pulang dari sekolah mengikut laluan yang telah ditetapkan. (anak panah kuning).
6. Pelajar perlu sentiasa mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
7. Guru Disiplin perlu memastikan prosedur ini diikuti oleh pelajar.

PERATURAN KETIKA BERADA DI DALAM KELAS

Guru Bertanggungjawab:

1. Guru Tingkatan
2. Guru Matapelajaran

Peraturan:

1. Pelajar dikehendaki masuk mengikut pintu hadapan dan keluar mengikut pintu belakang pada setiap masa.
2. Pelajar dikehendaki duduk di tempat masing-masing pada setiap masa. (mengikut pelan kedudukan pelajar)
3. Pelajar mesti sentiasa mengekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa.

PERATURAN KETIKA BERADA DI KANTIN

Guru Bertanggungjawab:

1. Guru Bertugas (Kantin)
2. Guru Pengawas
3. Guru Disiplin
4. Pengawas Bertugas

Peraturan:

1. Pelajar akan pergi dan balik dari kantin mengikut laluan yang telah ditetapkan.
2. Pelajar wajib berbaris di tanda yang telah ditetapkan
3. Terdapat dua barisan di kaunter utama. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan.
4. Terdapat dua barisan di kaunter jualan kuih muih dan air. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan.
5. Semua makanan dijual dalam bungkusan.
6. Pelajar tidak dibenarkan makan di kantin.
7. Pelajar hanya dibenarkan makan di dalam kelas sahaja.
8. Pelajar perlu sentiasa menjaga jaga jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa.
9. Pelajar hendaklah mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
10. Pelajar tidak dibenarkan berkongsi makanan atau minuman.

PERATURAN PEMBELIAN DI KOPERASI

Guru Bertanggungjawab:

1. Cikgu …………………………………………
2. Cikgu …………………………………………
3. Jurujual koperasi.

Peraturan:

1. Pelajar dikehendaki berbaris mengikut dua barisan (1 barisan lelaki dan 1 barisan perempuan) pada jarak 1 meter sewaktu membeli barangan.
2. Pelajar perlu beredar dengan segera setelah selesai pembelian.
3. Pelajar tidak dibenarkan berada dalam kumpulan.
4. Hanya seorang wakil pelajar dari setiap tingkatan dibenarkan membeli makanan pada suatu masa .

PERATURAN PERGI KE TANDAS

Guru bertanggungjawab:

1. Guru matapelajaran.
2. Guru Disiplin.

Peraturan:

1. Hanya seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan dibenarkan pergi ke tandas pada satu-satu masa untuk satu kelas.
2. Pelajar dikehendaki mengikut tanda arah yang telah ditentukan untuk pergi dan balik dari tandas.
3. Sila ambil kad untuk berada dalam tandas.
4. Jika kad telah habis pelajar sila tunggu di luar untuk mengelakan ramai pelajar berada dalam tandas.
5. Sentiasa kekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
6. Cuci tangan dengan sabun sebelum meninggalkan tandas.

PERATURAN KETIKA BERADA DI DALAM BILIK KHAS

Guru Bertanggungjawab:

1. Guru Disiplin.
2. Guru Matapelajaran.

Peraturan:

1. Pelajar dikehendaki berbaris pada jarak 1 meter antara pelajar sebelum memasuki bilik khas.
2. Pelajar dikehendaki masuk mengikut pintu hadapan dan keluar mengikut pintu belakang pada setiap masa.
3. Pelajar dikehendaki duduk di tempat masing-masing pada setiap masa mengikut pelan yang telah ditetapkan.
4. Pelajar mesti sentiasa mengekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa.

PERATURAN KETIKA BERURUSAN DI PEJABAT

Pegawai Bertanggungjawab:

1. Pembantu Tadbir Pejabat

Peraturan:

1. Pelajar atau pelawat perlu beratur di luar pejabat pada jarak 1 meter antara pelajar pada setiap masa.
2. Hanya seorang pelajar atau pelawat sahaja dibenarkan berurusan pada satu-satu masa.
3. Pelajar atau pelawat perlu memakai pelitup muka sewaktu membuat urusan di pejabat.
muka hadapan…

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ……………

2020

SOP PELAJAR

SEWAKTU MENANGANI

COVID-19

Disediakan Oleh:

UNIT HEM SMK …………………

Baca artikel berkaitan:

Soalan Lazim Berkaitan Pergerakan Guru Kembali Ke Sekolah

Add Comment