Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan COVID-19 Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Mac 2020

LOGIN  APDM

Log Masuk Modul

Pengurusan Murid

Sistem membantu guru-guru mengisi kehadiran pelajar setiap hari

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengikuti dan memantau perkembangan penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Badan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). KPM mengambil perhatian yang serius mengenai penularan penyakit ini dalam kalangan warga sekolah bawah pentadbiran KPM.

Sebagai langkah awal, KPM telah mengeluarkan surat berkaitan ‘Langkah Kesiapsiagaan Pencegahan Kejadian Jangkitan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCov) di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 4 Februari 2020. Walau bagaimanapun, selaras dengan perkembangan terkini, KPM telah menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk rujukan dan tindakan pihak sekolah bagi memastikan kualiti kesihatan warga sekolah terutamanya murid-murid sentiasa diutamakan serta terjamin.

Semua pihak termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah dimohon supaya mematuhi SOP serta mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak KKM berkaitan perkara ini dari semasa ke semasa.

Muat Turun (Download) Pelaksanaan Perhimpunan Sekolah Semasa Penularan Penyakit CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.pdf

Muat Turun (Download) Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan COVID-19 Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia MAC 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (Baca di sini)

PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengikuti dan memantau perkembangan penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Badan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). KPM mengambil perhatian yang serius mengenai penularan virus ini dalam kalangan warga sekolah bawah pentadbiran KPM.

KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengeluarkan surat Langkah Kesiapsiagaan Pencegahan Kejadian Jangkitan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCOV) di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kesiapsiagaan sekolah dalam mencegah penularan jangkitan COVID-19 bertarikh 4 Februari 2020 untuk persediaan di peringkat awal kejadian jangkitan penyakit ini dilaporkan di Malaysia. Walau bagaimanapun, berdasarkan perkembangan semasa, garis panduan yang jelas dan terperinci diperlukan oleh pihak sekolah untuk menangani isu penularan jangkitan COVID-19 dalam usaha pencegahan jangkitan penyakit ini dalam kalangan warga sekolah.

2. OBJEKTIF

Tujuan garis panduan ini adalah untuk membantu pengurusan sekolah di bawah KPM termasuklah sekolah swasta akademi dan agama, sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang berdaftar dengan KPM untuk mengambil langkah-langkah mengawal penularan penyakit COVID-19 termasuk mengendalikan warga sekolah yang terlibat dengan perjalanan ke negara-negara yang dikategorikan sebagai negara berisiko tinggi dalam penularan virus COVID-19 iaitu China (Taiwan, Macau, Hong Kong), Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran sebagaimana yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 28 Februari 2020 dan negara-negara lain yang diisytiharkan oleh KKM dari semasa ke semasa. Warga sekolah juga diminta untuk sentiasa melayari laman web KKM untuk mendapatkan perkembangan terkini jangkitan penyakit ini serta mendapatkan senarai terkini negara terjejas dengan wabak COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

3. LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL PENULARAN JANGKITAN COVID-19

3.1 Murid dinasihati untuk tidak mengikuti sebarang program yang akan dianjurkan di negara yang terjejas dengan COVID-19 dan dikategorikan sebagai berisiko tinggi oleh KKM seperti China (Taiwan, Macau, Hong Kong), Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran serta negara-negara lain yang diisytiharkan oleh KKM dari semasa ke semasa;

3.2 Semua murid yang mempunyai sejarah tinggal atau melawat ke negara-negara yang terjejas dengan COVID-19 dan dikategorikan sebagai berisiko tinggi oleh KKM iaitu China (Taiwan, Macau, Hong Kong), Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran serta negara-negara lain yang diisytiharkan oleh KKM dari semasa ke semasa perlu diletakkan bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan (home surveillance) untuk memantau status kesihatan mereka secara penilaian kendiri di tempat tingaal masing-masing selama 14 hari dari tarikh berlepas dan mereka tidak perlu hadir ke sekolah. Pihak sekolah perlu mengambil tindakan selanjutnya seperti berikut:

i. mengenal pasti murid yang tergolong dalam kumpulan yang dinyatakan di atas dan membekalkan butiran peribadi mereka termasuk nama, nombor telefon, alamat tempat tinggal, nama sekolah dan tarikh ketibaan di Malaysia kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) / Pusat Kesihatan Daerah (PKD) yang berdekatan untuk dikemukakan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan;

ii. memaklumkan kepada mereka untuk mendapatkan rawatan di hospital jika mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk atau sesak nafas dalam tempoh tersebut; dan

iii. mereka hadir semula ke sekolah setelah 14 hari atau disahkan sihat oleh KKM; dan

iv. merujuk kepada carta alir pengurusan murid yang pulang atau datang dari negara yang terjejas dengan wabak penyakit COVID-19 seperti di Lampiran 1 dan 2.

3.3 Pihak sekolah swasta akademik dan agama, sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat hendaklah memberikan letter of absence (LOA) kepada murid yang diletakkan di bawah home surveillance untuk tempoh 14 hari.

3.4 Menasihatkan murid dan warga sekolah yang lain untuk segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala seperti demam, batuk atau sesak nafas dan menasihatkan mereka agar tidak hadir ke sekolah sehinggalah mereka sembuh;

3.5 Jika terdapat murid yang bergejala tetapi masih hadir ke sekolah, mereka perlulah diasingkan seperti di bilik kesihatan sementara menghubungi ibu bapa / penjaga untuk menjemput anak / anak jagaan mereka pulang dan mendapatkan rawatan selanjutnya. Bagi warga sekolah lain yang menunjukkan gejala tersebut, pelepasan perlu diberikan untuk mereka pulang dan mendapatkan rawatan lanjut;

3.6 Sekiranya terdapat kes warga sekolah yang disahkan positif mendapat jangkitan penyakit ini, pihak sekolah perlu melaporkan kepada JKN/PKD untuk tindakan kawalan pencegahan wabak secara serta merta dan pihak sekolah perlu mematuhi nasihat dan arahan selanjutnya oleh JKN / PKD;

3.7 Memastikan murid yang tinggal di asrama yang bergejala diasingkan sementara menghubungi segera ibu bapa/penjaga untuk menjemput anak / anak jagaan mereka pulang dan mendapatkan rawatan selanjutnya;

3.8 Mendapatkan kerjasama dengan JKN / PKD untuk menjalankan saringan suhu di pintu masuk sekolah bagi mana-mana sekolah yang melaporkan kejadian jangkitan atau ketidakhadiran dalam kalangan warga sekolah yang tinggi. Dapatan daripada aktiviti saringan suhu ini perlu dilaporkan kepada pihak PPD dan PKD yang berhampiran;

3.9 Mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri kepada warga sekolah, khususnya murid-murid. Mereka perlu diingatkan agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan mengamalkan cara hidup sihat;

3.10 Menasihati murid terutama yang bergejala untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (face mask);

3.11 Memberi kefahaman kepada ibu bapa / penjaga mengenai peranan mereka dalam usaha mencegah penularan wabak jangkitan penyakit ini di sekolah dan peka kepada status kesihatan anak / anak jagaan mereka serta tidak menghantar anak / anak jagaan mereka yang sakit ke sekolah sehingga sembuh sepenuhnya; dan

3.12 Pelaksanaan aktiviti di luar bilik darjah boleh diadakan dengan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM dan pihak sekolah boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya sekiranya perlu untuk menunda atau membatalkan aktiviti tersebut.

4. PENUTUPAN DAN DISINFEKSI SEKOLAH

4.1 Proses disinfeksi perlu dilakukan dengan panduan dan nasihat daripada JKN / PKD.

4.2 Sebarang tindakan penutupan sekolah atau kelas adalah tertakluk kepada Pengetua dan Guru Besar setelah mendapat nasihat JKN / PKD.

5. PENUTUP

KPM mengharapkan agar pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) / sekolah mematuhi SOP ini untuk mencegah penularan wabak penyakit COVID-19 dalam kalangan warga sekolah terutamanya murid.

Please do all the below while you are under home surveillance:

– Be contactable at all time.

– Stay at home during the self-monitoring period.

– Limit visitors to your house.

– List the name of those visiting you.

– Always practice good cough etiquette.

– If you develop any symptom, always wear face mask. If you do not wear face mask, close your mouth and nose with tissues when coughing or sneezing. Throw the tissues into closed dustbin and immediately WASH YOUR HANDS with soap or hand sanitizer.

– Limit your distance with healthy person(s) to at least 1 meter.

– Wear face mask when you go out of your room and avoid contact with others.

– Open all windows in your house to ensure good ventilation.

– Do not share utensils, tableware and personal hygiene items.

Add Comment