TS25 Modul dan Kuiz

MODUL 1

MODUL 2

MODUL 3

MODUL 4

Salin Kod Mengikut Negeri :

PERLIS     owl34go

KEDAH     hjkrng5

PULAU PINANG     o4buz4p

PERAK     s5ck33d

SELANGOR     bdti53o

W.P. PUTRAJAYA     exln3hr

W.P. KUALA LUMPUR     o33w5at

NEGERI SEMBILAN     gum6hgs

MELAKA     crtr2ip

JOHOR     opl3dw5

PAHANG     7uyxrq4

TERENGGANU     536pwel

KELANTAN     f7dvyos

SARAWAK     i3wscjb

SABAH     j4w2rjl

W.P. LABUAN     zhekmah

MODUL 5

MODUL 6

MODUL 7

MODUL 8

Kuiz Program TS25

Kuiz Modul 1

Kuiz Modul 2

Kuiz Modul 3 

Kuiz Modul 4

Kuiz Modul 5

Program TS25

TRANSFORMASI SEKOLAH TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;

  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan.
  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  4. Komitmen komuniti yang padu.
  5. Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah.

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;

  1. Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
  2. Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
  3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Matlamat dan Teras TS25

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

  1. Memantapkan kepimpinan sekolah.
  2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran.
  3. Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 ialah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;

  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.
  3. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  4. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  5. Komitmen komuniti yang padu.

Modul 4 : Persekitaran Pembelajaran Profesional.

1. Nyatakan tujuh (7) teras pembelajaran profesional.

1. Komuniti Pembelajaran, 2. Kepimpinan, 3. Resos, 4. Data, 5. Reka bentuk Pembelajaran, 6. Pelaksanaan Pembelajaran, 7. Keberhasilan.

2. Perbezaan antara pembangunan profesional dengan pembelajaran profesional.

BANGUN

Latihan / Kursus / Bengkel. Bertujuan membantu guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

BELAJAR

Apa yang kita dapat / belajar untuk dikongsikan kepada orang lain.

3. Berikan lima (5) langkah dalam Model Inkuiri Pembelajaran Profesional. 

L1 : Apa guru dan murid perlu?

L2 : Apa pemimpin perlu?

L3 : Ilmu kepimpinan untuk didalami dan diberdaya.

L4 : Ikut serta pengalaman pembelajaran baharu.

L5 : Impak perubahan kepada guru dan murid.

Kajian Amalan Terbaik TS25

Kajian Rintis Amalan Terbaik Program TS25. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan di sekolah TS25 yang menunjukkan impak hasil daripada pelaksanaan Program TS25. Ini bagi membuktikan pencapaian matlamat utama Program TS25 iaitu memantapkan kepimpinan sekolah, meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid, serta mengukuhkan pelibatan ibu bapa dan komuniti dapat dilaksanakan bagi melahirkan kemenjadian murid yang holistik dan meningkatkan sekolah kualiti.

Objektif Kajian Amalan Terbaik TS25

Objektif umum kajian ialah untuk mengkaji amalan-amalan terbaik di sekolah Program TS25 dalam melahirkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Manakala objektif khusus kajian ini dapat dinyatakan seperti berikut;

  1. Mengenal pasti amalan terbaik kepimpinan PGB sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong di sekolah TS25.
  2. Mengenal pasti amalan pengajaran terbaik guru dari aspek perancangan, pelaksanaan dan pentaksiran di sekolah TS25.
  3. Mengenal pasti amalan terbaik pembelajaran bermakna murid dari aspek akademik, kokurikulum, nilai dan sahsiah di sekolah TS25.
  4. Mengenal pasti amalan terbaik persekitaran pembelajaran positif sekolah TS25 2 dari aspek fizikal dan psikososial.
  5. Mengenal pasti amalan terbaik pelibatan ibu bapa dan komuniti sekolah TS25 dalam aktiviti program sekolah, pembangunan prasarana dan fasiliti, penyediaan sumber pembelajaran dan pelibatan dalam aktiviti PdPc.
  6. Mengenal pasti cabaran dan cadangan penambahbaikan amalan bagi keningkatkan pencapaian sekolah berkualiti dan kemenjadian murid.
  7. Mencadangkan profail amalan terbaik sekolah Program TS25 yang berkualiti dari aspek kualiti sekolah dan kemenjadian murid.

Pencapaian kejayaan sekolah yang ingin dihasilkan dalam mentransformasikan sekolah sama ada dalam bidang pengurusan, akademik, sahsiah, kokurikulum dan dalam pelibatan komuniti yang aktif.

Senarai Nama Sekolah Program Transformasi Sekolah TS25

Dataset menunjukkan Senarai Nama Sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Sehingga Tahun 2018

URL: http://www.data.gov.my/data/

 

 

 

Add Comment