UPU ONLINE Permohonan

LOGIN  APDM

Log Masuk Modul

Pengurusan Murid

Sistem membantu guru-guru mengisi kehadiran pelajar setiap hari

UPU ONLINE Permohonan Lepasan SPM, STPM atau Setaraf

Berikut adalah perkongsian bersama jika ada ibu bapa dan pelajar-pelajar yang bertanya. Semoga dapat membantu.

Bermula 24 Februari, nombor pin UPU sudah boleh dibeli. UPU Online juga sudah boleh diakses bermula jam 12 tengah hari.

Perhatian: Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 hari keputusan SPM diumumkan.

Permohonan UPU berkonsepkan Single Window, Single Offer. Sebelum ini jika mahu memohon IPG dan matrikulasi perlu melalui portal berbeza. Bermula kemasukan 2020, permohonan perlu melalui satu (1) portal sahaja.

Permohonan UPUONLINE Sesi Akademik 2021 Lepasan SPM & STPM / Setaraf

Perkara yang perlu difahami ialah:

1. Single Window Single Offer.
2. Kepentingan Mata Merit Untuk Memohon UPU.
3. Dasar dan Kriteria Pemilihan ke Universiti Awam (UA).
4. Nak mohon bidang bertemuduga, permohonan perlu letak dalam pilihan ke berapa.

 

 Permohonan UPU Online Ke 

Universiti Awam (UA),New!

Institut Pendidikan Guru (IPG),New!

Kolej Matrikulasi (KM),New!

Politeknik,New!

Kolej Komuniti,New!

Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)New!

 

*syarat kemasukan, syarat bidang pengkhususan, permohonan, bahan taklimat

 

 Tarikh Permohonan 

Sesi Akademik 2020/2021 dibuka kepada lepasan SPM dan STPM / Setaraf pada 24 Feb 2020

 

 Tarikh Tutup Permohonan 

Tarikh tutup bagi permohonan UPUOnline adalah seperti berikut:

Lepasan SPM : 31 Mac 2020
Lepasan STPM / Setaraf : 7 April 2020

 

 Info Ringkas Permohonan 

Permohonan UPU online bagi tahun 2020 akan dibuka bermula 24 Februari 2020 pada jam 12 tengahari dan ditutup pada 31 mac 2020 bagi SPM dan 7 April 2020 bagi STPM atau setaraf pada jam 11.59 malam.

 

SILA KLIK LINK INI UNTUK KE WEBSITE

UPU ONLINE

http://upu. moe. gov. my

 

 

Pada cikgu-cikgu yang ada anak didik lepasan SPM, jika berminat untuk sambung pengajian dalam bidang pastri (kek dan roti), satu-satunya diploma dalam bidang patisserie di Kolej Komuniti Malaysia hanya ada di Kolej Komuniti Kuala Kangsar.

Macam mana untuk mohon (apply)?

Jawapan: Melalui UPU Online untuk permohonan ke Kolej Komuniti. (Sila Klik Di Sini)

Sila ke pautan link ini untuk maklumat lanjut berkaitan Kolej Komuniti Di Malaysia

Add Comment